Jumaat, 25 Disember 2015

Tips Memakai Tudung Ikut Bentuk Muka


Hari ni... BCY nak  berkongsi dengan korang tips yang dapat membantu@mengenalpasti bentuk muka dan gaya tudung yang sesuai untuk dipakai.....

Jom......KITA teliti satu persatu......(Ada 5 Ciri)

Ciri yang Pertama
*Bentuk Muka Oval/bujur*



Wanita yang memiliki bentuk wajah oval/bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

Untung kan semua jenis tudung leh pakai......


Ciri yang kedua
*Bentuk Muka Petak/Square*



Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.
Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.



Ciri yang ketiga
*Bentuk Muka Bulat*



Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.



Ciri yang keempat
*Bentuk Segitiga/Triangular@Heart Face*



Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.



Ciri yang kelima
*Bentuk Muka Panjang*



Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.


Dah pun...tahu kan..., jadi lepas ni boleh la ikut tip ni tuk beli dan pakai tudung yg sesuai dengan muka kita. Biar terletak tu...sejuk mata pemandang hihihi.


Khamis, 24 Disember 2015

Maulidur Rasul 1437H bersamaan 24hb Disember 2015(Khamis)

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1437H

Tema pada kali ini adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"




Detik Kelahiran Rasulullah... Pemimpin Umat Manusia Akhir Zaman.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam . Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya,Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam Al-Quran Surah Al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad." Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik". Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Petistiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab-kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.




"Sesungguhnya Orang Yang Paling Dekat Denganku Pada Hari Kiamat Adalah Orang Yang Paling Banyak Berselawat Kepadaku"

Al-Nasai & Ibnu Hibban


Selasa, 1 Disember 2015

Tips Agar Tidak Lupa SOLAT LIMA WAKTU

Bagi seorang muslim solat merupakan suatu kewajiban yang ketika dilakukan mendapat pahala dan apabila tidak dilakukan ia adalah satu dosa. Solat juga merupakan salah satu rukun Islam dan merupakan tiang agama. Seseorang yang meninggalkan solat akan runtuh agamanya.

           Di zaman ini banyak sekali godaan yang mengakibatkan kita malas, melengah-lengah, bahkan dengan sengaja meninggalkan solat yang harus dikerjakan 5 kali dalam sehari. Kehidupan dunia dan akhirat harus seimbang. Oleh kerana itu, disamping bekerja dan sibuk bersuka ria untuk urusan dunia kita juga harus meluangkan waktu untuk kehidupan di akhirat yang lebih kekal.

           Ada beberapa tips yang mungkin berguna agar kita boleh mengerjakan solat 5 waktu dalam sehari hari secara rutin.
      1. Perbanyakkan zikir, dan mengingati kematian. Dengan memperbanyakkan zikir kita akan semakin dekat dengan Allah sehingga Allah pun akan sayang pada kita. Justeru itu, diri akan dengan mudah diingatkan oleh Allah jika diri lupa akan kewajiban kita. Dengan mengingati kematian kita akan segera sedar dan bersemangat untuk menggumpul pahala sebanyak-banyaknya kerana kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

                      2. Istirehat yang cukup agar tubuh kita tidak merasa letih dan malas untuk mengerjakan solat. Tidur pada waktu malam lebih awal dari biasanya agar saat kita bangun pagi untuk solat subuh atau solat sunnah diri tidak merasa mengantuk. Aktifkan 'alarm' di telefon bimbit atau jam loceng untuk menetapkan waktu solat.

           3. Sentiasalah membawa pakaian untuk solat seperti telekung sembahyang bagi wanita, kopiah, pelikat, sejadah dan kompas walau ke mana pun kita pergi. Ini penting agar kita dapat mengerjakan solat walau di mana sahaja berada tanpa sebarang masalah.

Gambar hiasan




Rabu, 25 November 2015

RESEPI MANGGA BERKUAH SUSU

Gambar Mangga Berkuah Susu


Bahan
1 biji mangga
1/2 tin susu cair
1 sudu makan penuh gula perang/brown sugar
Beberapa ketul ais

Cara penyediaannya
1. Kopek kulit mangga dan potong dadu isinya.
2. Masukkan kiub mangga dalam gelas.
3. Tuangkan susu cair dan masukkan gula perang.
4. Biarkan seketika hingga gula perang cair. Kalau nak kan corak cam dalam gambar tu jangan dikacau dulu.
5. Bila nak di minum tuangkan beberapa ketul ais di dalamnya, kacau dan.....
6. Bolehlah diminum.....


Sumber : Potret Kasih

RESEPI AYAM HARUM THAI


Bahan:-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil/ikut suka) - bersihkan
2 batang serai - dititik (akak letak 3 btg)
4 helai daun limau purut - (akak letak 6 helai)
2 biji lada benggala - belah 4 (akak guna yg hijau & merah)
sedikit gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan A (dihiris nipis/ditumbuk):-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B (dicampur, jadikan sos):-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - ambil jusnya
daun sup - dihiris halus-halus

Cara Memasak:-
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng sekejap separuh masak je. Angkat dan ketepikan.

Tumiskan bahan A sampai wangi.

Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi jgk.

Masukkan ayam, serai dan daun limau purut.

Masak dengan api perlahan dan gaul sekata.

Masukkan lada benggala dan bila ayam telah masak, tutup api.
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas.


Sumber : Resepi Orang Kampung



Ahad, 22 November 2015

CERITA DI MALAM HARI "AIR ISOTONIK ALAMI"

Assalamualaikum wbt


Malam ni Cik Yong sambung cerita lagi....ingat tak  dlm entry yg pertama ada CY cerita pasal pindah-pindah rumah kan.... Ingat lg tak?... Klu tak ingat CY kasi rewind semula bg korang ingat ataupun bagi yg br singgah di Belog Cik Yong ni pon leh baca balik hihihi. Korang klik jer perkataan pindah-pindah tuuu.



Emmmmm....ooooooo..., mesti camni kn korang kn sebut huhuhu. Hah ingatkan, mesti ingat punya dan bagi yang baru terjah tu...korang pon dah tau gak...betol tak? ...


CY ambil masa gak berhari-hari tuk kemaskan semua dan ada pengubahsuaian sikit, tak pandai mana pon berdekorasi tapi main ikut sedap mata memandang, selesa dan bersesuaian dengan tempat, warna, kegunaan dan mudah tuk pergerakkan dalam rumah. Bak kata dari dalam hingga luar rumah la selesai kerja2 mengemas dan susun atur ni.


Bila dah berhari berkemas ni...badan kita jd letih, penat dik oiii. Semua dh selesai kn senang la kerja meronda-ronda kawasan luar rumah lak. Sambil2 tu leh la borak2 kenal2 dgn jiran2 ramah tamah semua...heee. Dah penat meronda tu...jom kita segarkan dengan minum an isotonik alami....emmm aahhhh sungguh melegakan tekak dan mengembalikan kesegaran badan.

Huhuhu....mesti tertanya2 kn air apa tu....'minuman isotonik alami', atau mesti ada yang dah tau..kn! Bagi yang x tau tuuu...CY gitau jawapannyeee " Air Kelapa Muda...laaaaa, atau air nyior atau ayaq nyioq", ikutlaaa mana satu hangpa nk sebut.... sama jaa.

Sebenarnya....banyak khasiat air kelapa muda ni, antara yg CY sebut tadi la....mengembalikan kesegaran dan tenaga pada tubuh kita setelah banyak melakukan kerja-kerja berat atau kerja yang byk menggunakan tenaga. Di sini CY kongsikan KHASIAT KELAPA MUDA.

Wokey la...CY nk berehat dulu....sambung lain masa dalam entry seterusnya.... akan datang. (Jom kita kongsi2 pandangan, petua, pengalaman tentang air nyior ni..,  komen jer kat bwh yer....)

Air dan Isi Kelapa Muda





12 MANFAAT AIR KELAPA MUDA

Air kelapa @ air nyior @ ayaq nyioq khususnya yang masih muda dan hijau sudah lama menjadi salah satu minuman yang paling popular dalam masyarakat kita hari ini sejak dahulu kala lagi. Malahan sekarang lebih dikomersilkan lagi dengan pelbagai citarasa masa kini antara yang popular coconut shake, air nyior susu, air kelapa bakar dan air kelapa asli. Air kelapa bukan hanya menyegarkan tapi juga memiliki manfaat yang sangat banyak untuk kesehatan. Air kelapa muda merupakan minuman super yang penuh dengan mineral, vitamin, antioksidan, asam amino, enzim yang kesemuanya sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Air kelapa juga mengandung rendah lemak dan hanya memiliki seperlima dari gula yang ditemukan pada sebagian besar jus buah segar.

Buah Kelapa Muda


12 Manfaat Air kelapa Muda

Mencegah dehidrasi. 
Karana Kesamaan air kelapa muda dengan cairan tubuh kita membuatnya dapat dengan mudah diserap oleh tubuh sekaligus dengan cepat menggantikan cairan tubuh yang hilang. Air kelapa dapat mempertahankan tingkat cairan tubuh dan kandungan potasium yang membantu menjaga tekanan air dalam sel dan darah. Elektrolit dalam air kelapa muda juga diperlukan untuk kontraksi otot yang tepat dan menghasilkan energi. Kandungan kalium dalam air kelapa juga dapat mencegah hipertensi. 

Penambah energi dalam tubuh. 
Air kelapa muda memiliki efek normalisasi dan memberikan tambahan energi bagi tubuh sehingga dapat mengatasi beberapa masalah kesehatan. Oleh itu bagi anda yang memiliki aktiviti berat dan memerlukan energi lebih tidak ada salahnya menggunakan air kelapa sebagai minuman penambah energi alami. 

Pengobatan kekurangan gizi. 
Mineral utama atau elektrolit dalam air kelapa muda diketahui sama dengan yang ditemukan dalam darah manusia. Sejumlah penelitian yang dilakukan selama hampir 60 tahun mendokumentasikan keberhasilan penggunaan air kelapa muda dalam pengubatan kekurangan gizi dan dehidrasi. 

Menjaga kesehatan Jantung dan ginjal. 
Air kelapa muda memiliki manfaat untuk Mengurangi risiko hipertensi dan stroke sekaligus membantu mencegah atau mengatasi batu ginjal. 

Menjaga kesehatan pencernaan. 
Air kelapa muda dapat Meningkatkan kesihatan pencernaan dan metabolisme tubuh melalui enzim bioaktif. Selain itu air kelapa juga bermanfaat untuk Menenangkan usus nyeri / kejang. 

Mendukung fungsi sisitem imun. 
Kandungan asam laurat yang berupa anti-jamur, anti-bakteri dan anti-virus dalam air kelapa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dalam memerangi infeksi sekaligus membantu mencegah cacingan dan candida. 

Mengeluarkan racun dalam tubuh. 
Air kelapa segar mengandung enzim yang membantu untuk detoksifikasi dan memperbaiki tubuh. 

Membantu menangkal Radikal Bebas. 
Air kelapa mengandung tinggi antioksidan yang dapat membantu tubuh melawan efek buruk yang ditimbulkan oleh radikal bebas. Oleh itu, pihihlah air kelapa muda yang asli dari buahnya untuk mendapatkan manfaat yang lebih, dan seeloknya hindari dari beberapa produk olahan air kelapa yang mungkin sudah tercampur oleh bahan kimia yang dapat mengurangi manfaat air kelapa. 

Membantu menstabilkan tekanan darah. 
Salah satu manfaat dari air kelapa adalah membantu mencegah tekanan darah tinggi. Selain itu air kelapa juga mengandung berbagai macam vitamin dan mineral. Air kelapa mengandung kalium dan magnesium, yang keduanya membantu untuk menurunkan tekanan darah anda secara alami. 

Menstabilkan kadar kolesterol. 
Sudah kita ketahui bersama bahwa air kelapa kaya akan kandungan mineral dan salah satunya adalah kalium. Kalium diketahui dapat menjaga kadar kolesterol. Oleh karena itu tidak hairan jika air kelapa disebut-sebut sebagai salah satu minuman pencegah kolesterol. 

Mengatasi Migrain. 
Air kelapa muda memiliki manfaat untuk mencegah migrain kerana kandungan magnesium yang dimilikinya. Daripada anda harus mengkonsumsi suplemen magnesium yang tubuh Anda mungkin tidak mampu menyerap dengan baik, Anda dapat minum minuman seperti air kelapa yang jauh lebih alami dan tubuh dapat memanfaatkan nutrisi yang ditemukan di dalamnya. 

Membantu menurunkan berat badan. 
Salah satu manfaat lain dari air kelapa muda adalah kemampuannya dalam meningkatkan metabolisme tubuh. Dengan meningkatnya metabolisme tubuh maka dapat menyimpan lebih sedikit lemak dalam tubuh anda.

Nah demikian beberapa info manfaat air kelapa muda bagi kesihatan tubuh badan kita, selain air kelapa banyak meminum air putih/kosong sememangnya diketahui juga dapat mencegah dari berbagai jenis penyakit sekaligus menjaga kesihatan secara keseluruhan.



Sabtu, 14 November 2015

PINDAH LAGIII...



Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera ke atas kamu.

"PINDAH LAGIII...." ayat ni keluar dari mulut. Dari timur ke utara, dari utara ke timur, sekarang dari timur ke timur...bila nak ke selatan atau barat tak tau lagi hihihi...jalan-jalan aje laaa.

Dengan azam dan semangat yang baru, maka lahirlah blog ni...sementara mood berpindah rumah baru masih ada. Sambil santai-santai menghirup udara segar serta ketenangan dan kedamaian suasana di tempat baru ini. (Suasana kg la kata kan)

Wah...mcm berkarya la pulak! Perasan! Syok sendiri Cik Yong ni hehehe.
Daripada berceloteh entah apa2, jom Cik Yong kongsi tip-tip berpindah rumah untuk rujukan semua. Mana yang tengah duk cari2 info & tips untuk pindah rumah ni kn. Tidak kira laa pindah rumah baru ke, rumah lama ke, rumah sendiri ke mahupun rumah sewa, janji rumah tuk kita sekeluarga berteduh, selamat dan selesa tak gitu. Bagi yang dah biasa pindah randah ni, tak de masalah sgt cuma penat jer berkemas tak habis-habis, tapi bagi yang tak biasa tu...hah pening2 mana satu nak dibuat dulu kn...jgn risau...Almaklumlah semua di hujung jari kata org sekarang heee."Small matter" hahaha.

Klik jer kat bawah ni...keluar la info tu...
1.Tips pindah dan masuk rumah baru





2.Tips pindah rumah mengikut ajaran islam





Meh kita kongsi2 pengalaman suka duka pindah rumah, pasti ada kenangan yang tak boleh dilupakan, betol tak?
Macam Cik Yong dalam masa lebih kurang 2minggu sebelom nak pindah ke umh ni...haiwan kesayangan kami keluarga mati...emmm sedih sgt, pokok cabai(cili padi tuu) dh x hidup tggl pokok serai jer yg dibwa pindah ada lg dua,tiga pokok yg dtanam tggl aje biar hidup subur di situ heee.
Hah tu kisah Cik Yong, sebenarnya byk lg tu kenangan2 tak dpt dilupakan tp just ni yg masih segar bugar lg dlm ingatan, korang pulak cmner...meh share2 kat cni...